Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tingkah Laku Bapa Mempengaruhi Perangai Anak

9:56am 23/12/2015 Pak Roshan 755 views Aktiviti

bapa

SEORANG ayah yang baik ialah mereka yang boleh menjadi pemimpin, model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

Namun, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang baik.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, didapati bahawa antara punca anak-anak kecik seawal usia satu tahun mempunyai maslah tingkah laku adalah kerana hilangnya bapa dalam dunia mereka.

Dalam banyak lagi kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan bapa pada usia awal kanak-kanak 0-5 tahun adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja.

Baik peranan bapanya, baiklah anak itu dan jika buruk peranan bapanya, maka buruklah anak itu.

Sebab itulah wujudnya pepatah, bapa borek anak rintik yang membawa maksud, bagaimana bapanya begitulah anaknya.

Dengan kata lain, bapa yang tidak berperanan seperti yang sepatutnya terhadap anak-anak sejak kecil akan merosakkan tingkah laku anak-anak tersebut.

Kepada para lelaki yang bergelar bapa atau bakal bergelar bapa, jangan sia-siakan amanah yang sedang membesar di depan mata. Tanggungjawab mendidik anak jangan dilepaskan hanya kepada isteri dan ibu bapa. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan