Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tinggi tak berhenti

10:12am 23/09/2016 Pak Roshan 13 views Global
BROWN (kiri) bersama rakan sebayanya ketika belajar di tadika.

BROWN (kiri) bersama rakan sebayanya ketika belajar di tadika.

Michigan: Remaja paling tinggi di dunia mencatat rekod baru apabila ketinggiannya mencecah 238 sentimeter (sm).

Lebih menarik lagi, ketinggiannya tidak akan berhenti setakat itu.

Broc Brown, yang secara rasmi dinobatkan remaja paling tinggi di dunia sebelum melepasi kategori kumpulan 18 tahun dan kebawah, membesar pada kadar 15.24sm setahun.

Jika kadar itu kekal, Brown, 19, dengan mudah akan mengatasi lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen yang setinggi 249sm dalam masa beberapa tahun lagi.

Ibunya, Darci berkata: “Brown setinggi 157sm ketika belajar di tadika. Di sekolah rendah, dia setinggi 183sm dan apabila memasuki sekolah menengah dia sudah lebih 213sm.”

Menurut Darci, anaknya menghidap kecelaruan genetik dan tidak ada apa yang dapat menghalang dia membesar.

Dia disahkan menghidap Sindrom Sotos ketika berusia lima tahun.

Masalah itu dihadapi oleh satu dalam setiap 15,000 orang.

Bersama-sama dengan sindrom berkenaan, Brown juga berdepan masalah pembelajaran, sakit jantung dan tulang belakang.

Dia juga dilahirkan dengan satu buah pinggang, menyebabkan dia tidak boleh mengambil ubat penahan sakit walaupun sering mengalami sakit belakang.

Kesan ekonomi akibat menjadi antara orang paling tinggi di dunia turut menjejaskan kehidupan keluarganya.

Semua pakaian dan kasut serta stokin untuk kakinya yang bersaiz 28 perlu ditempah khas.

Walaupun berdepan pelbagai masalah, Brown dan ibunya yakin mereka dapat meredah cabaran masa depan.

“Saya berharap dapat bekerja di kedai peralatan sukan. Saya mahu mempunyai pendapatan sendiri,” kata Brown. – Agensi/HMetro

BROWN bersama keluarganya di depan rumah mereka di Michigan.

BROWN bersama keluarganya di depan rumah mereka di Michigan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan