Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan tegas terhadap penghasut

Rashid (duduk - tengah) bergambar kenangan bersama-sama pegawai Polis Kontinjen Sabah. - Foto JIMMY TAN / Sayangsabah
NOOR Rashid (duduk – tengah) bergambar kenangan bersama-sama pegawai Polis Kontinjen Sabah. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang tegas termasuk tuduhan di mahkamah terhadap individu yang didapati cuba menyebarkan isu berunsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan bersuara atau berbuat sesuatu kepada rakyat di negara namun kebebasan berkenaan ada had atau batasannya.

“Sesiapa sahaja yang mempertikai kedudukan Raja-Raja, sesiapa sahaja mempertikai kewibawaan mahkamah yang ada dalam negara kita, sesiapa sahaja menghasut yang menimbulkan ketegangan kaum, kita takrifkan (perbuatan itu) di bawah Seksyen 2, Akta Hasutan (1948) ini,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Katanya, tindakan tegas tersebut adalah penting bagi memastikan perpaduan rakyat dan keamanan negara terus terjamin namun polis akan melakukan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

“Maknanya, kalau kita nak bercakap, kita kena tahu batasannya. Kalau anda melangkau batasan berkenaan. Maka sebagai pegawai polis, dengan tujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman negara, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penutupan Seminar Integriti Ketua Balai Polis Kontinjen Sabah yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan