Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan undang-undang jika bawa senjata api sesuka hati

Douglas memeriksa tekanan darah sebelum menderma darah dalam majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Douglas memeriksa tekanan darah sebelum menderma darah dalam majlis itu. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Pengawal keselamatan yang mempunyai senjata api sendiri tidak boleh membawa atau menggunakan senjata api semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis tertentu seperti bank atau pasar raya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan, Douglas Taong berkata, pengawal keselamatan tidak boleh sewenang wenangnya membawa dan menggunakan senjata api bagi tujuan itu kerana lesen atau permit mereka adalah untuk menjaga kebun dan keselamatan diri sahaja.

Menurutnya, polis tidak teragak-agak untuk merampas senjata api tersebut sekiranya didapati ada pengawal keselamatan yang membawanya semasa bertugas di mana-mana premis di bandar kerana ia menyalahi undang-undang pemilikan senjata api.

“Justeru itu polis menasihatkan pengawal keselamatan agar tidak berbuat demikian bagi mengelak mereka diambil tindakan undang-undang,” katanya dalam sesi dialog sempena program Komuniti Kepolisian di Tamu Pekan Nabawan, di sini hari ini.

Dalam program itu, Rela Daerah Nabawan dengan kerjasama Unit Tranfunsi Darah Hospital Daerah Keningau menganjurkan kempen derma darah dan berjaya mengumpul lebih 30 pain darah.

Douglas berkata, penduduk tempatan juga diingatkan agar tidak bersekongkol dengan pendatang tanpa izin (PATI) dengan menggunakan khidmat mereka di ladang atau sebagai pekerja binaan.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati penduduk tempatan agar tidak membeli barang-barang yang dijual secara haram oleh PATI sebagai langkah keselamatan dan membendung kegiatan mereka yang semakin berleluasa.

“Jika penduduk tempatan membeli jualan PATI , bererti penduduk tempatan memberi sokongan kepada mereka” ujarnuya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan