Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tindakan Tun M mengetuai ‘Deklarasi Rakyat’ melanggar tata etika disiplin UMNO- Rubin

9:23pm 02/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan
Rudin (tengah) melafazkan ikrar taat setia dan sokongan bersama pemimpin tertinggi UMNO bahagian Tenom terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Rudin (tengah) melafazkan ikrar taat setia dan sokongan bersama pemimpin tertinggi UMNO bahagian Tenom terhadap Perdana Menteri Malaysia.

TENOM- Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai ‘Deklarasi Rakyat’ merupakan satu tindakan
menyalahi tata etika disiplin UMNO, kata Ketua UMNO bahagian Tenom, Datuk Rubin Balang.

Menurut Rubin, UMNO bahagian Tenom sentiasa memberi sokongan penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi parti tersebut.

“Saya menyokong apa jua tindakan oleh pihak berkuasa disiplin dan juga mesyuarat tertinggi supaya mereka tidak mengecam UMNO,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Persidangan Cawangan Berkelompok UMNO bahagian tenom tahun 2016, di Dewan DSP Antanom, disini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata bahawa tindakan Tun Mahathir tersebut merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan tidak demokratik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom turut berpendapat bahawa tindakan mantan Perdana Menteri itu suatu tindakan yang tidak masuk akal.

“Beliau ( Tun Mahathir) pernah menjadi pemimpin tertinggi negara dahulu dan zaman beliau itu telah tamat… beliau seharusnya memberi sokongan kepada kepimpinan yang baru ini,”katanya.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan