Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan Terhadap Pihak Cadang Sabah Keluar Dari Malaysia

JAINAB

KOTA KINABALU– Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid menyokong penuh agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.

Beliau berkata, perjuangan untuk merdeka bukan mudah sebaliknya memerlukan proses dan mengambil masa yang panjang serta sukar oleh pemimpin terdahulu.

“Dahulu dan kini telah banyak perubahan, banyak bandaraya dibangunkan oleh pemimpin kita. Perjuangan nenek moyang termasuk, bapa kemerdekaan negara, semuanya untuk melihat negara ini aman sejahtera seperti dinikmati pada masa kini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Mega Raya, Aktiviti Kebajikan dan Pra Pelancaran syarikat Born For Success (BFS) Sdn Bhd peringkat negeri di sini hari ini.

Jainab berkata, media sosial tidak harus disalahgunakan untuk menghasut atau mengganggu gugat keamanan negara dan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah perlu mencontohi negara Jepun dalam membangunkan ekonomi negara mereka.

Katanya, negara Jepun amat menitik beratkan aspek hormat menghormati di antara satu sama lain dan ia wajar dicontohi.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.

Dalam pada itu, Jainab amat menghargai hasil usaha BFS iaitu antara syarikat bumiputera yang berjaya dalam mengembangkan perniagaannya dan pada masa sama turut berkongsi kejayaan bersama golongan yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, Pengurus Besar BFS, Musilin Andipa berkata perniagaan yang berasaskan produk kesihatan itu yang menggunakan jenama D’Berkat diasaskan sejak dua bulan lalu telah mempunyai kira-kira 2,000 ahli di seluruh Asia.

Pada majlis itu, BFS turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Sabindo, Rumah Anak Yatim Titian Kasih Likas, Sekolah Rendah Al-Hafidz Tuaran, Ibu-ibu Tunggal dan Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut.

Komen


Berita Berkaitan