Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan tegas terhadap peniaga ingkar skim kawalan harga – Hasan

kpdnkk.

SEREMBAN: Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang tidak mematuhi skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri membabitkan 18 barangan yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 5 Ogos.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata skim kawalan harga telah lama diwujudkan iaitu sejak tahun 2002 dan peniaga sepatutnya sudah tahu tanggungjawab dan kewajipan mereka apabila skim ini berkuat kuasa.

“Kita tidak akan bertolak-ansur dalam perkara ini jika didapati ada peniaga menjual harga barangan di bawah skim kawalan harga ini lebih daripada harga yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pasar Ampangan di sini, hari ini.

Katanya pelaksanaan skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan pada musim perayaan.

Antara barangan berkenaan adalah ayam, daging lembu tempatan dan import, cili merah, tomato, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, kentang dan kelapa.

Hasan berkata terdapat 100 kaunter khidmat pengguna KPDNKK ditempatkan di pasar-pasar utama di seluruh negara bagi kemudahan pengguna membuat aduan.

Katanya kaunter itu turut menyediakan alat timbangan untuk pengguna dan sekiranya berlaku kekurangan timbangan, tindakan akan diambil serta merta.

Beliau berkata seramai 1,850 orang anggota penguat kuasa KPDNKK dan 1,248 orang pegawai pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan bagi memantau harga barangan.

“Kita turut dibantu oleh 199,626 orang skuad pengguna di seluruh negara ketika ini. Skuad pengguna ialah sukarelawan yang majoritinya terdiri daripada suri rumah. Mereka ini adalah mata dan telinga KPDNKK untuk melapor dan memantau harga barangan. Peranan mereka ini penting dari segi memberi maklumat mengenai harga barangan.

“Selain itu, kita juga dibantu oleh penghulu, penggawa dan pegawai daerah serta anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata harga yang ditetapkan bagi skim kawalan harga telah dipersetujui oleh semua pihak seperti pembekal, pemborong, peniaga dan agensi yang berkaitan.

Skim kawalan harga tidak akan merugikan pihak pemborong dan peniaga sebaliknya mereka terus mendapat keuntungan kerana permintaan terhadap barangan berkenaan akan meningkat pada musim perayaan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim kawalan harga peringkat negeri Kedah di Pasar Besar Alor Setar.

Di KOTA KINABALU, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika melancarkan skim itu peringkat negeri Sabah berkata pengguna juga harus memainkan peranan dengan melaporkan sebarang kenaikan harga barangan supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga.

Jainab yang sebelum itu melakukan tinjauan bersama-sama Pengarah KPDNKK Sabah Severinus Tukah di Pasar Besar Kota Kinabalu dan di sebuah pasar raya, berkata masih ramai peniaga yang masih tidak meletakkan tanda harga pada barangan mereka.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui e-mel di [email protected] atau menerusi khidmat pesringkas; KPDNKK ADUAN (butiran aduan) ke 15888 atau menghubungi 1-800-886-800.

Komen


Berita Berkaitan