Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan tegas atas peniaga

  Jainab (tengah) menyerahkan risalah skim kawalan harga kepada salah seorang peniaga.

Jainab (tengah) menyerahkan risalah skim kawalan harga kepada salah seorang peniaga.

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana peniaga yang tidak mengikut peraturan sepanjang skim kawalan harga dilaksanakan.

Menurut beliau, kekeliruan ataupun sebarang masalah tidak sepatutnya timbul dikalangan peniaga berikutan skim berkenaan dilaksanakan pada setiap tahun mengikut perayaan.

“Selain itu, terdapat juga segelintir peniaga yang tidak mempamer tanda harga dan sijil halal atau meletakkan tanda harga yang boleh mengelirukan pengguna. Isu ini tidak sepatutnya timbul kerana mereka sudah berniaga bertahun-tahun,” katanya selepas tinjauan skim kawalan harga di Pasar Umum Sandakan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya menerima beberapa cadangan daripada Persatuan Pengguna Sabah (CAPS) Sandakan seperti peniaga perlu meletakkan tanda harga pada setiap jenis barangan selain peniaga perlu memakai tanda nama dan sijil perniagaan.

Katanya, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sandakan bagi membolehkan sebarang penambahbaikan yang sesuai dapat dilakukan.-AA/Sayangsasbah

 

Komen


Berita Berkaitan