Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL

masidi

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menegaskan bahawa apa jua keputusan hasil siasatan berkaitan kes cabul dua warga Hong Kong yang berlaku baru-baru ini tidak akan ada sebarang kompromi dalam soal integriti kakitangan hotel.

Katanya, buat masa ini, laporan polis telah dibuat malah suspek juga telah direman bagi membantu siasatan.

“Pihak polis juga baharu menyiasat, oleh itu kita tunggu dahulu laporan polis sebelum menghukum tertuduh.

“Apa yang kita baca adalah versi daripada pelancong berkenaan dan kita masih belum menerima kenyataan daripada tertuduh,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan selepas merasmikan majlis Penutupan Bengkel Klasifikasi dan Identiti Penduduk Negeri Sabah, di sini kelmarin.

“Tunggu laporan siasatan siap dahulu baharulah tindakan akan diambil. Saya juga akan bertemu dengan bahagian pengurusan hotel berkenaan bagi membincangkan isu itu selepas siasatan selesai dilakukan,” katanya.

Terdahulu, dua pelancong wanita warga Hong Kong berumur 26 dan 21 tahun membuat laporan polis selepas dikatakan cuba dicabul oleh seorang pekerja lelaki sebuah resort di Pulau Gaya dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi Ahad lepas, suspek dikatakan memasuki bilik mandi dan menguncinya ketika kedua-dua mangsa masih berada di dalam bilik mandi berkenaan.

Difahamkan, suspek turut bertindak cuba memegang bahu salah seorang mangsa yang hanya memakai tuala mandi.

Akibatnya, mangsa menjerit meminta tolong sebelum suspek segera meninggalkan bilik berkenaan.

Ekoran dari laporan itu, pihak polis menangkap seorang lelaki berumur 20 tahun yang juga pekerja di resort terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354/511 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan