Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan sekat akses Sarawak Report bertepatan: Rahman Dahlan

Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Seri Sulaman Tuaran, hari ini. - Foto Stenley / Sayangsabah
Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Seri Sulaman Tuaran, hari ini. – Foto Stenley / Sayangsabah

TUARAN – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses melayari laman web Sarawak Report di negara ini adalah tepat pada masanya.

Katanya, tindakan tegas itu diambil berikutan pengakuan seorang individu yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Thailand bahawa Sarawak Report telah mengubah suai isi kandungan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperolehi daripadanya.

“Ada banyak bukti yang menunjukan bahawa (sejak dulu lagi) laporan yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah tidak benar kerana telah diubahsuai dan tindakan yang dikenakan oleh kerajaan memamg berpatutan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.

Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak bertegas dalam menangani perkara tersebut, mungkin lebih ramai lagi orang akan mengambil kesempatan menerbitkan laporan tidak tepat bagi memburukkan imej kerajaan.

SKMM dalam satu kenyataan berkata arahan menyekat akses laman web tersebut mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dilakukan berikutan aduan orang ramai yang mengatakan bahawa laporan Sarawak Report mampu menggugat kestabilan negara.

“Laman web itu menerbitkan maklumat yang masih belum disahkan dan masih dalam siasatan pihak berkuasa,” menurut SKMM.

Sementara itu, Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook berkata mereka tidak tergugat dengan tindakan sekatan tersebut, malah berikrar akan terus menerbitkan laporan pendedahan mengenai 1MDB kepada umum, walaupun laman web mereka telah disekat di negara ini.

“Sarawak Report tidak akan terjejas dengan tindakan ini untuk terus menyiasat dan memberi lebih banyak maklumat dan bukti,” katanya dipetik oleh akhbar The Strait Times.

“Tindakan ke atas kebebasan media hanya akan memberi imej buruk kepada kerajaan sekarang dan telah membuktikan bahawa mereka (kerajaan) tidak mampu menolak bukti yang ditunjukkan,” kata laman web itu lagi.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan