Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan segera atasi masalah air – Yusof

SIPITANG : Kerajaan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah ini dengan mengenal pasti punca dan penyelesaiaan masalah.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Sindumin menyatakan demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Berrsama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Kg Palakat, pada Isnin.

“Kita telah mengenalpasti punca utama masalah yang berlaku iaitu kerosakan pam di Loji Ulau dan rekabentuk loji Mesapol yang tidak efisen menyebabkan berlakunya gangguan air didaerah ini.

“Di samping itu, berlaku juga kebocoran paip samada sudah terlalu lama atau sebab kerja-kerja menaiktaraf jalan Pan Borneo yang mengakibatkan kehilangan hampir 50 peratus air.

“Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Peter Anthony dan diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Shafie kerana telah meluluskan peruntukan segera kepada kementerian infrastuktur untu menggangtikan tiga buah pam yang rosak dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kontraktor projek Pan Borneo agar lebih bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan infrastruktur terutamanya bekalan air dan elektrik agar terus mengambil tindakan perlu serta tidak menyusahkan rakyat.

Sementara itu, bagi memastikan keperluan air masyarakat daerah berkenaan tidak terjejas teruk, pihaknya telah memohon Pegawai Daerah untuk menyediakan dan menghantar bekalan air secukupnya ke kawasan yang menghadapi masalah air.

Ini kerana katanya, kerajaan hari ini sentiasa mengutamakan rakyat dengan semua wakil rakyat perlu bekerja dengan lebih kuat untuk membantu dan menyelesaikan serta membuat perancangan bagi memastikan kehidupan lebih selesa dan sempurna./Penerangan-

Yusof ketika menyampaikan ucapan.

Komen


Berita Berkaitan