Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan sebar gambar Sairah aibkan keluarga

IMBAS... Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau semalam.
IMBAS… Polis mengusung mayat Sairah yang ditemui mati di tandas pejabat daerah Keningau semalam.

KENINGAU – Ahli keluarga pelajar kolej yang dibunuh dengan kejam semalam, meminta agar penyebaran gambar mangsa terutama menerusi laman media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp, dihentikan segera.

Mereka nyata kesal dengan sikap tidak sensitif segelintir pihak yang menyebarkan gambar  mangsa di tempat kejadian kepada umum tanpa memikirkan perasaan ahli keluarganya.

Seorang ahli keluarga terdekat Rosdee Razali berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan dan berhenti daripada membuat pelbagai andaian, sebaliknya menunggu siasatan polis berhubung kejadian itu.

“Pelbagai andaian dan penyebaran gambar orang ramai di laman sosial mengenai kejadian itu bukan sahaja mengganggu siasatan pihak polis akan tetapi  turut mengaibkan seluruh ahli keluarga mangsa,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Sairah Fitri Tifanus, 20, yang juga penuntut sebuah kolej di Shah Alam Selangor dan berasal Kampung Durok dekat sini, meninggal dunia di tandas awam aras dua di bangunan Pejabat Daerah Keningau kira-kira jam 9.30 pagi.

Mayat mangsa telah ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan dengan keadaan berlumuran darah di dalam tandas berkenaan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan