Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tindakan proaktif perlu bagi mewujudkan pekerjaan belia di Sabah

12:58pm 05/12/2015 Dewiana Tinggolongon 51 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Tan Sri Joseph Kurup

KOTA KINABALU- Tindakan proaktif perlu dilakukan untuk memelihara golongan belia khususnya di Sabah agar golongan ini mendapat ruang untuk berkerja di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, tindakan itu adalah penting bagi mendepani isu penghijrahan belia-belia dari Sabah ke luar negeri dan negera disebabkan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Kalau kita lihat belia-belia dari Sabah ramai yang pergi ke Kuala Lumpur, Singapura, Arab Saudi dan tempat-tempat lain semata-mata mencari  pekerjaan yang bergaji tinggi.

“Golongan ini cukup pintar dan negara kita sendiri memerlukan perkhidmatan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Perbincangan Kumpulan Berfokus memperkukuhkan Pembangunan Inklusif di Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya satu tindakan wajar dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan supaya golongan belia kembali ke Sabah dan berkhidmat di sini.

Menurutnya, pasaran semasa di sabah tidak mempunyai keupayaan untuk mewujudkan peluang kepada anak-anak muda dan wanita pribumi untuk menyumbang dalam sektor tenaga buruh.

“Isu ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa ramai belia Sabah tidak cukup bersedia untuk pasaran kerja.

“Seperti yang dibangkitkan dalam persidangan sebelum ini, dasar-dasar awam yang sedia ada di Sabah tidak cukup mencerminkan keperluan dan kehendak golongan belia dan wanita,” ujar beliau.

Namun demikian, beliau berkata Sabah mempunyai potensi tinggi dalam ekonmi kerana mempunyai kekayaan sumber asli selain minyak dan gas serta kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

Selain itu Sabah berpotensi meningkatkan lagi pembangunannya dalam sektor pelancongan khususnya dalam eko-pelancongan.

Justeru itu beliau berharap  melalui perbincangan pada hari ini ia akan mencapai objektif dalam mengupas dan menterjemahkan isu-isu berkaitan sosi-ekonomi serta berupaya memperkukuhkan akauntabiliti politik di negeri ini.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan