Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan Polis, Tentera Indonesia Ceroboh Sempadan Negara Disiasat

Datuk-Seri-Noor-Rashid-Ibrahim

TUARAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya yang ditahan semalam kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, tindakan anggota polis dan tentera Indonesia itu menyalahi undang-undang kerana memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.

“Walaupun tujuan mereka adalah bagi mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac lalu, namun cara yang digunakan mereka adalah kurang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Lembayung Hidayah Saudara Baharu Zon Sabah di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, PDRM akan menyiapkan segera laporan siasatan dengan melihat daripada semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta pandangan Timbalan Pendakwa Raya.

Kesemua anggota polis dan tentera termasuk tiga orang awam warga Indonesia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan