Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan pemimpin pembangkang diselar tidak hormati sensitiviti m’rakat Islam, hina Nabi Muhammad SAW

jeffry

SANDAKAN: Tindakan seorang pemimpin pembangkang yang juga merupakan bekas calon di Dun Sulaman diselar kerana kelakuannya yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam apabila kononnya menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial internet.

Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK), Dato’ Mohd Jeffry Rosman, berkata pemimpin pembangkang berkenaan wajar memohon maaf secara terbuka kerana tindakan yang dilakukannya telah mewujudkan satu sentimen agama apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Menurut beliau, sebagai rakyat negeri ini yang hidup dalam kelompok pelbagai kaum dia sepatutnya menghormati kehidupan bermasyarakat dan bukan melakukan sesuatu perkara yang boleh mengaibkan agama lain sehingga menjejaskan keharmonian rakyat.

Beliau berkata, jangan kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’ kerana kenyataan seumpama ini sudah keterlaluan dan sesuatu yang bukan budaya masyarakat Sabah.

Katanya, sekiranya pemimpin pembangkang terbabit tidak memohon maaf maka perlu tindakan undang-undang dibawah enakmen akta hasutan dikenakan kepadanya kerana cubaan menghasut yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum yang selama ini hidup penuh harmoni.

“Kalau beliau enggan memohon maaf di surat khabar, pihak kami bersama-sama dengan berpuluh lagi pertubuhan bukan kerajaan akan bergabung untuk meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan kepadanya.

“Ini bukan perkara yang boleh di bawa main-main kerana tindakan membuat kenyataan yang biadab seumpama itu telah mencemar kesucian agama Islam sekali gus mengaibkan agama rasmi di negara ini.

“Kita di pihak KPBNSK menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin pembangkang berkenaan yang sudah dianggap keterlaluan dan sepatutnya tidak berlaku dalam kehidupan bermasyarakat yang hidup aman makmur,” jelasnya.

Komen


Berita Berkaitan