Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TINDAKAN PANTAS ORANG AWAM HALANG KLINIK TAMPARULI DARI TERBAKAR

Kotak suis yang terbakar akibat litar pintas. Gambar SNT/Ehsan Bomba Tuaran

TUARAN: Sebuah kotak suis elektrik di Klinik Tamparuli terbakar awal petang tadi menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan beberapa kerusi berdekatan.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Ramlan Beta berkata, kebakaran berkenaan terjadi daripada litar pintas yang menghasilkan percikan api dan membakar dinding serta beberapa kerusi di situ.

Kerusi berhampiran kotak suis turut terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba Tuaran

Namun, kebakaran di peringkat awal tersebut dapat dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“BBP Tuaran terima panggilan kecemasan pada jam 1.09 petang dan seterusnya respon ke tempat kejadian bersama empat anggota lain melalui jarak 18 kilometer daripada BBP Tuaran.

“Seterusnya pasukan Bomba memastikan keadaan terkawal dan kawasan diisytihar selamat.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan