Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan pantas JKKK Bokara baiki jambatan roboh dihargai penduduk

jambatan bokara

SANDAKAN: Tindakan pantas yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bokara, Haji Mohammad Azmir Aliong mendapat pujian penduduk kerana mengambil langkah segera untuk membaiki salah satu jambatan yang roboh pada hari pertama Aidilfitri.

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebelah petang ketika kesibukan kejiranan dan sanak saudara mahu pun rakan taulan yang datang berkunjung sempena Hari Raya tetapi mujurlah mereka terselamat sewaktu jambatan roboh separuh.

Suasana panik mencemaskan penduduk kerana ketika kejadian berkenaan, serombongan keluarga yang hendak pulang selepas menziarahi keluarga mereka tersentak apabila jambatan yang sedang dilalui roboh secara tiba-tiba.

Nasib baik beberapa orang yang kebetulan berada di situ bertindak cepat untuk menarik mereka yang hampir terhempap di bawa bersama jambatan yang roboh itu.

Begitu pun, tiada perkara yang tidak diingini berlaku manakala Haji Mohammad Azmir telah pun mengarahkan agar kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan segera selepas melawat jambatan yang roboh tersebut.

“Saya telah minta supaya jambatan yang roboh separuh ini dapat dibaiki serta-merta bagi memudahkan penduduk setempat menggunakannya apatah lagi ramai keluarga dan rakan-rakan yang datang berkunjung sempena Hari Raya,” katanya kepada New Sabah Times semasa dihubungi.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.44 Karamunting iaitu Alex Loh turut melawat jambatan yang roboh dan sedang dibaiki secara gotong-royong ini.

Beliau yang diiringi Haji Mohammad Azmir menyatakan rasa gembiranya sambil memuji tindakan pantas yang dibuat JKKK kerana mengambil langkah segera untuk membaiki jambatan yang roboh semata-mata untuk kepentingan penduduk setempat.

Komen


Berita Berkaitan