Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan Nurul tidak bertanggungjawab

Rosimah  (lima dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Wanita Umno Kota Kinabalu bergambar diperkarangan balai polis Kota Kinabalu hari ini
Rosimah (lima dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Wanita Umno Kota Kinabalu bergambar diperkarangan balai polis Kota Kinabalu hari ini

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Kota Kinabalu mahu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersikap lebih sensitif tentang keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di negeri ini.

Tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III itu, sepatutnya tidak dilakukan.

Datuk Rosimah Zakaria  berkata tindakan tidak bertanggungjawab anggota Parlimen Lembah Pantai itu jelas mengguris perasaan keluarga mangsa pencerobohan yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu termasuk keluarga Bernard Then Ted Fen, mangsa culik yang dipenggal kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyaf.

“Nurul Izzah harus sensitif terhadap soal keselamatan dan kedaulatan negara kerana perkara ini serius dan tidak boleh dipermainkan,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Nurul Izzah itu di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 Nov dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.

Wanita  UMNO Kota Kinabalu juga mempersoal mengapa Nurul Izzah berjumpa Jacel untuk mendapatkan sokongan untuk pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika mahu mendapatkan sokongan sekali pun, seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan Filipina yang betul, dan bukannya bertemu dengan Jacel kerana ia mengundang syak wasangka,” katanya.

Rosimah berkata pihaknya meminta pihak polis membuat siasatan lanjut terhadap motif dan niat sebenar di sebalik pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.

Wanita Umno Kota Kinabalu juga mahu kerajaan negeri mengharamkan Nurul Izzah masuk ke Sabah.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan