Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tindakan keluar parti, khianat mandat rakyat – Jainab

9:29pm 03/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 194 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

KOTA KINABALU- Tindakan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti pembangkang itu ternyata mengkhianati mandat rakyat telah memilih mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atas tiket PKR, kata Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid.

Jainab yang juga merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah berkata tindakan meninggalkan parti itu sudah dijangka kerana PKR Sabah telah diterajui oleh bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kecewa.

” Dahulu mereka bertindak meninggalkan komponen BN apabila kecewa kerana perjuangan untuk kepentingan diri mereka tidak tercapai.

” Kini mereka ulangi perbuatan sama meninggalkan PKR untuk mengejar kepentingan diri dan bukan untuk rakyat,”katanya dalam satu kenyataan media disini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau menyeru kepada rakyat agar bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan janji manis pemimpin parti pembangkang yang hanya mementingkan diri sendiri dan bukannya berjuang demi rakyat.

Selain itu, katanya, para pemimpin BN sentiasa bekerja keras, melawat dan mendampingi rakyat bagi membantu menyelesaikan masalah mereka disamping merancang pembangunan di kawasan yang mereka wakili.

” Kerajaan BN sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk merapatkan jurang perbezaan pembangunan diantara kawasan bandar dan luar bandar.

“Menerusi peruntukan pembangunan yang terus meningkat untuk kawasan luar bandar daripada Kerajaan BN, jurang itu dapat dirapatkan,” jelasnya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan