Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan ke atas peserta PBR sewakan rumah kepada orang lain

radin

TENOM – Pembinaan rumah di tapak tanah peserta Program Bantuan Rumah (PBR), tidak bermakna mereka boleh sewenang-wenangnya menyewakan rumah berkenaan kepada orang luar demi keuntungan peribadi.

Kesal dengan tindakan segelintir peserta PBR yang berbuat demikian, Menteri Pembangunan luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, perbuatan itu bertentangan dengan dasar kerajaan yang membina rumah untuk rakyat miskin di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Semasa saya melawat sebuah rumah PBR pada hari khamis lalu, saya terkejut apabila mengetahui rumah PBR didiami oleh warga asing walaupun plak nama di dinding depan rumah itu menunjukkan nama pemiliknya seorang penduduk tempatan. Warga asing itu memberitahu saya, dia hanya membayar RM120 sebagai bayaran sewa bulanan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan meninjau pembangunan kerajaan di daerah ini, di sini hari ini.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, tindakan itu juga menunjukkan mereka tidak menghargai usaha kerajaan yang telah membelanjakan sejumlah wang untuk membina rumah di bawah PBR demi kesejahteraan hidup rakyat.

Beliau menambah peruntukan kewangan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membina rumah-rumah PBR di negeri Sabah akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, manakala pembinaan rumah-rumah PBR pula akan diuruskan oleh pejabat-pejabat daerah berkenaan.

Menurut Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, orang ramai yang mengetahui terdapat peserta PBR menyewakan rumah mereka kepada warga asing agar melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan