Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan Jabatan Penjara mengikut prosedur sah

jalaluddin abdul rahmanKOTA KINABALU – Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah menjelaskan bahawa isu berkaitan seorang pesalah lelaki warga asing memakai baju berlogo Persatuan Pengakap semasa dihadap ke mahkamah di Tawau adalah mengikut prosedur sah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penjara.

Pesuruhjaya Polis, Datuk Jalaluddin Abd Rahman (gambar) berkata, mengikut prosedur yang digunapakai oleh Jabatan Penjara, seseorang suspek akan memakai baju yang dipakai semasa dimasukkan ke tahanan penjara, untuk hadir ke mahkamah selagi belum ada pertuduhan sah.

“Setelah ada pertuduhan sah dari mahkamah, barulah baju khas penjara akan dikenakan ke atas tertuduh setiap kali menghadiri perbicaraan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia, Datuk Awang Zaini Suntim pada Rabu lepas yang kesal dengan tindakan pihak berkuasa membiarkan seorang pesalah memakai baju Pengakap ketika dibawa di mahkamah baru-baru ini.

“Warga asing terbabit sedang memakai t-shirt yang mempunyai logo Persatuan Pengakap Malaysia ketika lelaki itu ditahan polis pada 16 Januari lepas kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah di Tawau,” kata Jalaluddin.

Katanya, lelaki itu kemudian diperintah untuk ditahan reman bermula 16 hingga 29 Januari di bawah Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, setelah tamat tempoh tahanan reman suspek kemudian dihantar ke Penjara Tawau sementara menunggu proses pertuduhan di mahkamah pada 2 Februari.

“Lelaki itu yang mengaku salah terhadap lima pertuduhan di bawah Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan kemudian dijatuhkan hukuman 50 tahun penjara dan 12 sebatan oleh mahkamah di Tawau,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Jalaluddin berharap penjelasan mengenai prosedur Jabatan Penjara itu akan dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Awang Zaini yang juga Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

02102012787

Komen


Berita Berkaitan