Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan halang Pemuda masuk kampung tidak wajar

Mohd. Aziz ketika berucap  Mesyuarat Serentak  Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.
Mohd. Aziz ketika berucap Mesyuarat Serentak
Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.

SEMPORNA – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Datuk Mohd. Aziz Jamman kesal dengan tindakan segelintir pemimpin yang berasa tergugat dan cuba menghalang usaha Pemuda turun padang ke segenap kampung mendampingi rakyat.

Mohd. Aziz menjelaskan, niat sebenar Pemuda adalah mahu menarik golongan muda menyertai parti melalui program menambah ahli UMNO serta mendaftarkan ahli menjadi pemilih.

Katanya, tindakan segelintir pemimpin mengarahkan ketua-ketua cawangan, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) memulaukan program anjuran jentera parti merupakan suatu tindakan pengecut dan cuba merosakkan imej serta meruntuhkan kekuatan parti.

“Bukan itu sahaja, malah pemimpin-pemimpin di peringkat kampung diancam akan disenarai hitamkan dalam senarai pasukan mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal di sini.

Terdahulu dari itu, Mohd. Aziz berkata, budaya tidak sihat yang cuba diterapkan ke dalam perjuangan UMNO itu secara langsung boleh memecahkan perpaduan dalam kalangan rakyat akar umbi sekaligus akan melemahkan semangat perjuangan parti.

Beliau menambah, selaku pemimpin mereka tidak sewajarnya mengangangap usaha jentera parti untuk masuk ke kampung bagi memperkukuhkan kekuatan parti dianggap sebagai menggugat kedudukan mereka.

Katanya, mereka harus berjiwa besar dan memberi kerjasama erat kepada Pemuda yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara dan bukannya cuba menerapkan nilai-nilai budaya ketinggalan zaman. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan