Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Tindakan Goto cuai’

goto
SEKUMPULAN Muslim menunaikan solat hajat mendoakan keamanan di Masjid Otsuka di Tokyo selepas berita kematian Goto tersebar semalam.

 

Tokyo: Warga Jepun semalam bangun dari tidur dengan ‘disambut’ berita kematian Kenji Goto, 42, selepas Tokyo gagal menurut kehendak militan Negara Islam (IS).

Kebanyakan mereka menyedari kematian Goto melalui Twitter – sama seperti mereka mula menyedari kewujudan krisis itu sebelum ini.

Namun, daripada sekian banyak reaksi yang muncul akibat kematian Goto, kenyataan abangnya, Junichi, 55, paling mendapat banyak pujian di laman media sosial.

“Sebagai abang, saya memang berharap Goto dapat pulang ke tanah air dan mengucap terima kasih sendiri kepada orang yang menyokongnya.

“Namun, saya paling terkilan apabila itu tidak terjadi. Saya amat bangga dengan pencapaian Goto tetapi saya rasa tindakannya kali ini sememangnya cuai,” katanya, semalam.

Walaupun sesetengah pihak mungkin menganggap ia keterlaluan, amalan begitu biasa bagi keluarga Jepun dan dianggap mulia dalam situasi berkenaan.

Malah, bagi rakyat Jepun, kenyataan sedemikian dianggap menyentuh emosi mereka.

Bagaimanapun, bagi segelintir pihak, mereka menganggap mangsa itu sendiri menempah maut.

Antaranya, bekas isteri presiden pertama Indonesia, Dewi Sukarno yang menganggap Goto sebagai “pengacau besar kepada Jepun dan Jordan.”

Komen Dewi yang memang terkenal kerana keceluparan itu mengundang ribuan kritikan, tetapi pada masa sama ia mendapat hingga lebih 11,000 ‘like’ dalam blog yang disiarkan dalam Facebook.

Namun, tidak semua membenci wartawan perang itu.

Dalam kalangan komuniti Muslim di Jepun, mereka mengutuk pembunuhan Goto dan menganggap tindakan IS sebagai tidak bertamadun. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan