Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tindakan buang Callagham, Fazrul dari pasukan Sabah wajar: Goh

Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah FA, Datuk T.C. Goh. - foto Ille Tugimin
Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah FA, Datuk T.C. Goh. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Tindakan memecat serta-merta Ketua Jurulatih, George O’ Callagham dan  pemain import berasal dari Singapura Fazrul Nawaz daripada pasukan Sabah sebelum bermulanya musim Liga Malaysia, adalah tepat.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) Datuk T.C Goh, ekoran kegagalan kedua-duanya menghadirkan diri dalam latihan bersama skuad Badak selama seminggu.

“Mereka hilang begitu sahaja selama seminggu tanpa mengemukakan apa-apa alasan. Jadi, pihak pengurusan Sabah FA mengambil keputusan umtuk membuang mereka daripada pasukan,” katanya sambil menambah keduanya telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Sabah.

Goh menambah, tiada tempat untuk pemain atau jurulatih yang tidak memberi komitmen terbaik dalam pasukan Sabah sedangkan dipihak pengurusan telah berusaha menyediakan segalanya kepada pemain.

Dengan pemecatan Callagham itu, kedudukan Ketua Jurulatih kini dipegang oleh Justin Ganai yang sebelum ini pernah membawa Sabah beraksi hingga ke final Piala Malaysia pada 2002.

Menurut beliau lagi, langkah Sabah FA membuang keduanya adalah berdasarkan hak persatuan itu sebagai majikan, sekiranya mana-mana pemain melanggar peraturan akan dikenakan tindakan.

“Mereka entah ke mana, `missing in action’ dalam tempoh seminggu sedangkan sebagai ketua jurulatih, hilang sejam pun semasa sesi latihan (tanpa alasan munasabah) tidak boleh apatahlagi mereka telah mengikat kontrak selama setahun dengan pasukan,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan