Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tindakan bakal diambil terhadap Malaysiakini

10:40am 11/07/2016 Pak Roshan 938 views Mutakhir,Nasional
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pihaknya akan menyiasat secara teliti tindakan Malaysiakini menyiarkan artikel akhbar Bangladesh, The Daily yang mengaitkan pendakwah an­tarabangsa, Dr. Zakir Naik de­ngan anggota kumpulan militan dan disusuli komen pembaca.

“Kita akan siasat dan akan gunakan kuasa yang ada pada kita untuk mengambil tindakan,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas gesaan pelbagai pihak agar tindakan diambil ke atas Malaysiakini yang berulang kali melakukan provokasi melampau, di sini hari ini.

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan berhenti berlembut dalam soal penghinaan ke atas Islam yang dilakukan portal itu.

Malaysiakini pada Selasa lalu memetik laporan The Daily yang mendakwa salah seorang suspek dalam insiden keganasan di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, Rohan Imtiaz menulis di Facebook tahun lalu menyatakan Zakir menggesa semua umat Islam untuk menjadi pengganas.

Sebelum ini, Malaysiakini juga membiarkan pembaca-pembacanya menulis komen yang menyinggung sensitiviti umat Islam dalam reaksi mereka terhadap artikel yang disiarkan portal propembangkang tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas tindakan tersebut dikecam pelbagai pihak, Malaysiakini hanya sekadar tampil memohon maaf tanpa memberi sebarang jaminan bahawa perbuatan sedemikian tidak akan diulang lagi pada masa hadapan. – Utusan Malaysia

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan