Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Timbalan Pengerusi DAP Sabah umum pendirian Khamis

6:27pm 10/04/2017 Pak Roshan 986 views Mutakhir,Politik

EDWIN Bosi

KOTA KINABALU: Teka teki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan dari DAP, Edwin Bosi akan menyertai sebuah parti pembangkang tempatan di Sabah akan diketahui pada Khamis ini.

Ketika ditemui media di pekarangan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, akan menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu selepas persidangan DUN berakhir.

“Saya akan umumkan pada 13 April ini kerana sekarang DUN masih bersidang, selain saya suka nombor 13. Saya akan keluarkan kenyataan atau mengadakan sidang media pada Khamis ini.

“Sama ada kekal (dalam DAP) atau berpindah… hanya akan diketahui pada masa itu,” katanya.

Semalam, sebuah portal berbahasa Inggeris melaporkan Edwin akan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai Datuk Wilfred Bumburing.

Ditanya sama ada pemimpin DAP lain akan bersama beliau pada sidang akhbar Khamis ini, Edwin menjelaskan hanya beliau seorang sahaja setakat ini.

Jika benar beliau keluar DAP, Edwin akan menjadi wakil rakyat ketiga dari Sabah yang meninggalkan parti terbabit sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), selepas Hiew King Cheu (Luyang) dan Junz Wong (Likas) masing-masing menyertai MCA dan Parti Warisan Sabah.

Jika ini berlaku, DAP Sabah akan hanya tinggal seorang wakil di DUN iaitu Chang Foong Hin (Sri Tanjong). – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan