Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Timbalan Pengarah Kastam Sabah Meninggal Dunia

6:32pm 28/11/2016 Pak Roshan 430 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

yunus

TAWAU : Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Yunus Tahir, 58, meninggal dunia dipercayai akibat paru-paru dijangkiti kuman, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, tengah hari tadi.

Menurutnya adiknya, Salamah Tahir, 57, Yunus sebelum ini selalu mengadu sakit dan kerap dimasukkan ke hospital sejak September lepas.

“Sebelum masuk HUKM, arwah ditahan di hospital KPJ Damansara selama seminggu. Abang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.15 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Salamah berkata, jenazah Yunus akan dihantar pulang malam ini kira-kira pukul 8 malam dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Taman Selesa, Kepayan di Kota Kinabalu untuk dikebumikan.

“Masa dan tempat perkuburan masih belum diketahui,” katanya.

Arwah anak ketiga dari enam adik beradik meninggalkan seorang balu, Jamilah Abdullah, 50, dan tiga orang anak berumur antara 20 hingga 37 tahun.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan