Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tikus keldai dadah

9:49am 07/11/2015 Pak Roshan 48 views Global
TIKUS yang digunakan untuk mengedar dadah di penjara di Brazil.

TIKUS yang digunakan untuk mengedar dadah di penjara di Brazil.

Araguaina (Brazil): Pengawal penjara di Brazil menangkap seekor tikus yang digunakan banduan untuk membawa kokain dan dadah lain kepada mereka.

Haiwan itu dilatih untuk bergerak dari satu bilik kurungan ke bilik kurungan lain dan dadah itu dibungkus serta diikat pada ekornya.

Kegiatan itu dibongkar pengawal di Penjara Barra da Grota di Araguaina, utara Bazil, minggu lalu.

Mereka merampas 30 bungkusan ganja dan 20 bungkusan kokain yang dipercayai dibawa tikus itu untuk diserahkan kepada banduan.

Pihak berkuasa penjara kini berusaha mencari tahanan yang memeliharanya.

Menurut pegawai itu, tikus itu begitu jinak sehingga semua orang boleh mengusap kepalanya.

“Kami sangka sudah berjaya membongkar semua taktik yang digunakan banduan untuk menyeludup dadah. Ini adalah cara paling baru digunakan mereka,” kata seorang pengawal.

Pengarah penjara Gean Carlos Gomes berkata, banduan mengikat dawai pada ekor tikus itu dan mengheret bungkusan dadah itu.

“Apabila tiba di destinasinya, banduan akan mengambil dadah itu,” katanya.

Menurutnya, tikus itu ditemui apabila pengawal melihatnya berkeliaran dengan dawai di belakang ekornya.

“Mereka menangkapnya dan terkejut apabila menemui dadah dalam bungkusan kecil yang ditariknya. Ia begitu jinak dan suka diusap,” kata Gomes. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan