Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tikaman ‘curang’

8:40am 26/11/2015 Pak Roshan 1970 views Jenayah,Mutakhir
MANGSA mendapat rawatan kecemasan selepas ditikam suami di salun kecantikan, semalam.

MANGSA mendapat rawatan kecemasan selepas ditikam suami di salun kecantikan, semalam.

Kota Kinabalu: Seorang lelaki bertindak nekad menikam isterinya dengan pisau selepas mengesyaki wanita terbabit curang dalam kejadian di salun kecantikan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang juga pekerja salun cedera di dada dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa berusia 50 tahun muncul di pusat salun dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

“Melihat suami semakin hilang sabar, wanita terbabit melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerjanya,” katanya- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan