Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tikam kekasih bekas teman wanita kerana cemburu

tikam kekasih

MUAR: Akibat cemburu terhadap bekas teman wanita, seorang lelaki berusia 30-an bertindak menyerang kekasih baru wanita itu hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah bahu di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman, di sini, pagi Ahad lalu.

Difahamkan lelaki itu bertindak demikian selepas mendapati bekas kekasihnya gemar berfoya-foya dengan teman lelaki baru.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dipercayai bersenjatakan pisau pada mulanya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bekas kekasihnya lingkungan 20-an hingga menarik perhatian orang ramai.

Berikutan itu, mangsa lingkungan 20-an cuba meleraikan pertengkaran itu menyebabkan suspek berang lalu berlaku pergelutan.

Difahamkan, ketika bergelut suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau lalu menikam bahu kiri dan kanan mangsa, selain pergelangan tangan kiri sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mangsa yang terbaring dengan kesan luka di bahu dan tangan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, unit kecemasan hospital berkenaan melaporkan kejadian itu dan bertindak atas maklumat berkenaan, anggota di Pondok Polis HPSF menjalankan siasatan awal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bergelut dengan seorang lelaki hingga kiri dan kanan bahunya luka dipercayai akibat ditikam menggunakan objek tajam disyaki pisau.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan teman wanitanya pergi ke sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman di sini.

“Tiba-tiba pasangan itu didatangi seorang lelaki dipercayai bekas kekasih teman wanitanya dan berlaku pertengkaran sebelum mangsa dan suspek bergelut.

“Selepas menikam mangsa, suspek terus melarikan diri manakala mangsa dibawa ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan kini berusaha memburunya bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Komen


Berita Berkaitan