Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Warga Tempatan Dicekup Disyaki Memburu Haram Di Tawau

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Tiga warga tempatan yang disyaki memburu secara haram ditahan Pasukan Petugas Anti-Pemburuan Haram Tawau, di Jalan Luasong, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata berdasarkan maklumat awam, kira-kira pukul 5 pagi ketiga-tiga suspek berumur antara 34 hingga 59 tahun ditahan bersama bangkai rusa dan babi hutan dipercayai diburu di kawasan ladang berhampiran.

“Pemeriksaan awal kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka, terdapat satu bangkai rusa serta dua bangkai babi hutan di tempat penyimpanan belakang kereta dan turut dijumpai selaras senjata api serta lapan butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Menurutnya, siasatan awal turut mendapati ketiga-tiganya tidak memiliki sebarang kebenaran lesen memburu yang sah dari Jabatan Hidupan Liar.

“Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Tawau dan senjata api serta peluru hidup diserahkan kepada pihak polis manakala bangkai haiwan yang ditemui serta kenderaan dirampas pihak kami,” katanya lagi.

Menurutnya, jika sabit kesalahan kesemua mereka bakal berhadapan dengan hukuman di bawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan