Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga warga Somalia disyaki terbabit kegiatan Al-Shabaab

warga somalia

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.

“Kita sedang pantau mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau juga berkata pihak berkuasa akan melakukan tangkapan sebaik mempunyai bukti kukuh yang secukupnya.

Pada awal Mei lalu polis menahan seorang lelaki Somalia berusia 34 tahun yang dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Sementara itu, seorang pakar berpandangan amat penting bagi pihak universiti dan kolej memantau ketat aktiviti pelajar mereka bagi menangani dari awal pembabitan pelajar dalam kegiatan kumpulan pengganas.

“Pihak universiti mahupun kolej seharusnya peka dengan kegiatan pelajar mereka terutamanya pelajar dari negara Afrika Timur itu. Mereka boleh mengesyaki perkara yang tidak elok jika bertindak lebih awal,” kata  pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan.

Katanya kumpulan militan biasanya merekrut pelajar secara berkumpulan menerusi aktiviti persatuan rasmi atau perjumpaan pelajar secara tidak rasmi.

Beliau juga menyarankan Kementerian Pendidikan menetapkan syarat khas bagi pelajar dari negara tertentu yang ingin melanjutkan pengajian di Malaysia.

Katanya pelajar juga harus didedahkan dengan kegiatan militan melalui risalah dan pembelajaran secara bersemuka.

“Pihak universiti dan kolej perlu bekerjasama dengan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di bawah kelolaan Kementerian Luar bagi menerangkan perkara berhubung aktiviti militan kepada pelajar-pelajar,” katanya.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kerajaan sedar rakyat asing menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai medan merekrut dan memberi pendedahan asas kepada anggota militan. — Bernama

Komen


Berita Berkaitan