Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga warga asing ditahan, langgar perintah berkurung

3:04pm 23/08/2016 Leolerry Lajius 372 views Jenayah,Sandakan,Tempatan

SANDAKAN :Pasukan Pangkalan Hadapan Kapal Auxiliery Tun Azizan ( KA TAZ) Tentera Laut Diraja Malaysia telah berjaya memintas dan menahan tiga lelaki warga asing kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Taganak, dekat sini, pada Ahad.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kesemua mereka yang berumur antara 34 hingga 52 tahun itu, ditahan ketika dikesan radar memasuki perairan negara ini secara haram di kawasan perairan berkenaan kira-kira pada jam 9.45 malam.

“Ketika kejadian, pasukan keselamatan mengesan sebuah bot berkelajuan 20 knot dari arah Pulau Taganak memasuki perairan negara secara haram. Satu pasukan aturgerak cepat (QRF) Angkatan Tentera Malaysia kemudiannya telah diatur gerak untuk memintas bot berkenaan. Setelah ditahan terdapat tiga lelaki berada dalam bot berkenaan”.

“Setelah diperiksa, ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah warga filipina dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri”, katanya dalam satu kenyataan dekat sini, hari ini.

Wan Abdul Bari berkata selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, mereka ditahan kerana melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta polis 1967 dan Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah bot, seunit enjin sangkut Yamaha 85 hp dan wang tunai 100,000 peso.

“Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan untuk tindakan lanjut”, katanya.

Beliau berkata pasukan keselamatan tidak akan teragak-agak untuk bertindak kepada mana-mana individu yang menceroboh atau melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan bagi menjamin kedaulatan dan keamanan perairan Sabah khususnya di Pantai Timur Sabah./SayangSabah

IMG-20160823-WA0000

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan