Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga unit DMU dilancarkan hari ini

4:12pm 20/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 35 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

SERAH… Pairin menyerahkan replika kunci kepada Pengurus Besar JKNS, Melvin A. Majanga

KOTA KINABALU: Sebanyak tiga unit Keretapi Diesel Multiple Unit(DMU) baharu telah dilancarkan pada hari ini di Stesen Keretapi Tg. Aru, dekat sini.

Kesemua DMU baharu itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin berkata ia merupakan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan keretapi dalam mencapai ekspektasi orang awam yang sentiasa menuntut perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik.

“DMU yang baru ini akan digunakan khasnya untuk sektor Beaufort/Tenom sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

“DMU ini pastinya akan dapat meningkatkan keupayaan Jabatan Keretapi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa dan berdaya harap terutamanya kepada orang awam yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan rel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program lawatan kerja bersama rombongan ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sempena perasmian DMU Baru.

Selain itu, beliau berkata bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan rel pada tahun 2016 ialah sebanyak 494,638 orang.

“Manakala bilangan ‘trip’ perkhidmatan yang disediakan dalam tahun 2016 juga adalah sebanyak 6,170 ‘trip’,” katanya.

Selain itu, Pairin berkata JKNS telah mula menggunakan sebuah ‘tamping machine’ bagi menyelenggara landasan dengan lebih sistematik dan berkesan pada tahun ini.

“Kesemua aset ini diperolehi dengan kos sebanyak RM 13 juta melalui biayaan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 99.5 juta untuk menaiktaraf daripada Halogilat ke Tenom dan untuk memperolehi tiga set DMU baru.

“Kedua- dua projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun ini dan masing- masing akan disiapkan dalam masa 18 bulan dan 24 bulan,” katanya.

Hadir sama, Pembantu- Pembantu Menteri Pembangunan Industri, Datuk Bobbey Suan dan Datuk Hj. Gulamhaidar @Yusof Khan Bahadar serta Pengurus Besar JKNS, Melvin V. Majanga. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

PAIRIN melakukan gimik flag off sempena pelancaran Diesel Multiple- Unit Train (DMU), dekat sini hari ini

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan