Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga suspek militan ditahan

militan

KUALA LUMPUR: Tiga rakyat tempatan termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan di Sandakan, Sabah hari ini kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang dipercayai mahu berperang di negara-negara bergolak.

Tiga lelaki yang berusia antara 29 hingga 31 tahun itu ditangkap dalam satu operasi yang dilakukan sepasukan pegawai polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman dalam dua serbuan pada pukul 6.45 pagi dan 2 petang.

Sumber keselamatan memberitahu, salah seorang suspek yang berusia 30 tahun dan orang penting dalam kumpulan militan baharu itu telah menjalinkan kerjasama dengan militan Selatan Filipina, Abu Sayyaf.

Katanya, lelaki yang berasal dari Perak itu merupakan orang nombor dua kumpulan berkenaan dan sejak 22 April lalu dia telah ke Selatan Filipina untuk melakukan latihan ketenteraan di kem Abu Sayyaf.

“Suspek utama yang ditahan ini merupakan individu yang bertanggungjawab untuk merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan tersebut dan memberi latihan kepada setiap ahli.

“Oleh demikian, dia telah ke kem Abu Sayyaf untuk menjalani latihan ala tentera dan mengikut perancangan kumpulan, dia akan pulang ke Malaysia untuk memberi latihan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain.

Komen


Berita Berkaitan