Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga rumah musnah terbakar di Sandakan

bomba

SANDAKAN – Tiga buah rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Kayu, Batu 7 dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Calvin Joe Jeafery berkata, tindakan cepat bomba mengawal api berjaya menyelamatkan lagi tiga buah rumah berdekatan daripada turut terbakar.

Katanya, sebaik sahaja menerima pangggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi, seramai 17 anggota beserta dua jentera, sebuah lori tangki dan tiga kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian.

“Api dapat dikawal pada jam 10.41 pagi dan tamat pada jam 12.56 tengah hari,” katanya.

Menurutnya punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan