Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga rumah dan sebuah kenderaan hangus

Kenderaan jenis Toyota Hilux hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Rampayan. - foto JBPM Sabah
Kenderaan jenis Toyota Hilux hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Rampayan. – foto JBPM Sabah

KOTA KINABALU – Tiga buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Rampayan, Menggatal dekat sini petang hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, kejadian itu turut memusnahkan seuah kenderaan pacuan empat roda.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dengan dibantu anggota dari BBP Jalan Lintas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.20 petang,” katanya di sini hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan