Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Rentung Dalam Kebakaran Di Kampung Baru Sandakan

20kebakaran

SANDAKAN : Tiga orang rentung selepas sebuah rumah di Kampung Baru, Batu 18 dekat sini, musnah dalam kebakaran malam ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, identiti, jantina dan umur ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti.

Kenyataan itu menambah mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung ditemui oleh anggota bomba dalam rumah tersebut.

Menurut kenyataan itu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam dan anggota-anggota bomba bersama jentera tiba di tempat kejadian pada 10.11 malam.

Operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh 10 anggota bomba menggunakan dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan