Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga Remaja Lelaki Disyaki Mengedar Dadah Ditahan

6:34pm 15/11/2016 Pak Roshan 0 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KUNAK : Polis menahan tiga remaja lelaki disyaki mengedar dadah di sini dan polis turut merampas 80.35 gram dadah jenis Syabu daripada mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supritendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata tiga remaja, termasuk seorang warga Indonesia berumur antara 16 dan 20, itu ditahan di kawasan kedai papan sementara pada 9.15 malam.

“Polis menahan dua lelaki di dalam sebuah kereta jenis Perodua yang berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan ke atas mereka, 22 paket plastik lutsinar berisi hablur disyaki dadah ditemui.

“Pemeriksaan lanjut juga menjumpai wang tunai RM2,943 dalam sebuah beg silang…,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Turut dirampas kereta yang digunakan suspek, dua telefon bimbit dan pasport milik suspek warga Indonesia itu.

Menurutnya, lelaki ketiga ditahan berdekatan kereta berkenaan dan disyaki turut mempunyai kaitan dengan aktiviti dadah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan