Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga PTS di Sabah hampir penuh

11:30am 11/06/2014 Pak Roshan 59 views Kota Kinabalu,Tempatan

pts

KOTA KINABALU: Ekoran kelewatan pihak kedutaan negara asing menyediakan dokumen perjalanan kepada rakyat mereka bagi tujuan pengusiran, tiga buah pusat tahanan sementara (PTS) di negeri ini semakin sesak dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, bilangan PATI di tiga PTS iaitu di Papar, Sandakan dan Tawau, kini hampir mencecah 6,000 orang.

“Jumlah PATI yang besar ditahan secara sementara itu ‘menyesakkan’ pusat tahanan tersebut meskipun ia mampu menampung 6,000 penghuni pada satu-satu masa,” katanya di sini semalam.

Selain itu katanya, bilangan operasi yang banyak dan secara besar-besaran dalam membanteras PATI yang dilaksanakan melalui Ops Tanduk dan Ops Bersepadu di seluruh Sabah antara penyebab semua PTS itu mengalami ‘kesesakan’.

Jelasnya, bagi mengatasi masalah tersebut, PPKP Sabah dan Labuan sudah mengambil beberapa langkah sewajarnya bagi mempercepatkan proses pengusiran.

Menurutnya, ia termasuk meminta Jabatan Imigresen memproses dokumen tahanan yang tidak mempunyai masalah berkaitan perjalanan, manakala tahanan penjara yang selesai menjalani hukuman akan dihantar terus ke negara asal tanpa perlu ditempatkan di PTS.

Tambahnya, proses penghantaran PATI menggunakan feri di Sandakan, Semporna dan Nunukan akan ditingkatkan daripada dua kali kepada tiga kali seminggu.

“PPKP bersama Jabatan Imigresen akan menangguhkan sementara operasi memburu PATI ini bagi membolehkan tahanan sedia ada dihantar pulang terlebih dahulu. Kebanyakan tahanan yang ditempatkan di PTS negeri ini berasal dari Indonesia dan Filipina,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan