Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga premis makanan kotor diarah tutup

ops.. (1)TAWAU: Tiga premis makanan diarahkan ditutup ekoran kegagalan pemiliknya menjaga kebersihan di premis masing-masing yang terletak dalam Op Basmi Siri 3 yang dijalankan di Hill Top di sini, semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe berkata, pemilik terbabit  diberikan tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan di premis masing-masing, mengikut Seksyen 10 Akta Makanan 1983.

“Dalam operasi itu juga, dua kompaun turut dikeluarkan terhadap dua pemilik di bawah Peraturan 2.11 (1)(a) yang dibaca bersama Peraturan 29 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kerana gagal mendaftarkan premis mereka di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 15 anggota Unit Kesihatan Persekitaran terlibat dalam operasi bermula jam 10 pagi itu yang menyaksikan sebanyak 18 buah premis diperiksa di sekitar kawasan berkenaan.

Rahman turut menasihati para pengusaha makanan di daerah ini agar sentiasa  mementingkan aspek kebersihan premis masing-masing serta mematuhi peraturan kesihatan serta memastikan pekerja mereka mempunyai sijil kursus kesihatan.

“Pemilik premis makanan juga dikehendaki mendaftarkan perniagaan mereka KKM bagi mengelakkan dikenakan tindakan,” katanya lagi.  – Oleh MASANI SANDAN / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan