Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga polis cedera dalam serangan bom di selatan Thailand

KEADAAN kereta polis yang rosak akibat terkena serpihan bom.
KEADAAN kereta polis yang rosak akibat terkena serpihan bom.

Narathiwat: Tiga anggota polis cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena serangan bom di daerah Cho Airong di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku ketika ketiga-tiga anggota polis itu dalam perjalanan mengiringi beberapa guru sekolah pulang ke rumah.

Jurucakap polis berkata, bom meletup ketika kenderaan mangsa melalui jalan Ban Ya Ning di kampung Moo 2 di Juab.

Ketiga-tiga anggota polis itu cedera pada badan dan muka akibat terkena serpihan bom dan dirawat di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.

Katanya, bom itu dipasang dalam silinder gas seberat 20 kilogram yang disorok berhampiran satu papan tanda kira-kira 200 meter dari sekolah.

Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila kenderaan polis menghampiri papan tanda berkenaan.

Polis percaya serangan bom itu dilancarkan kumpulan pemisah.

Keganasan yang melanda selatan Thai kerana menuntut pemisahan sejak 2004 lalu menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan