Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga perkara utama difokus majukan DUN Karambunai

Jainab Ahmad (kiri) membantu warga emas berusia lebih 90 tahun yangturut hadir dalam Program Jalinan Kasih Pemimpin bersama Masyarakat Kampung anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Cenderakasih, Inanam.
Jainab Ahmad (kiri) membantu warga emas berusia lebih 90 tahun yangturut hadir dalam Program Jalinan Kasih Pemimpin bersama Masyarakat Kampung anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Cenderakasih, Inanam.

INANAM – Tiga perkara utama iaitu Kebersihan, Keagamaan dan Keselamatan akan difokuskan dalam membangun dan memajukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, ia merupakan cara gerak kerja yang dipilih bagi membantu rakyat hidup dalam aman serta persekitaran yang bersih dan bersatu padu.

“Kebersihan adalah perkara penting, kita boleh mengadakan gotong-royong bersama-sama penduduk kampung atau komuniti agar kebersihan kampung terhindar daripada penyakit seperti Aedes, kencing tikus dan banyak lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jalinan Kasih Pemimpin bersama Masyarakat Kampung anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kampung Cenderakasih, Inanam, di sini semalam.

Jainab berkata, perkara kedua iaitu program keagamaan harus diperkasakan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda dan usaha tersebut menjadi tanggungjawab semua pihak agar masyarakat dapat membudayakan nilai kebaikan dalam menjalani kehidupan seharian.

Perkara ketiga yang merupakan isu keselamatan, Jainab menjelaskan, penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negeri Sabah akan memantapkan tahap keselamatan kampung agar terhindar daripada masalah jenayah.

“Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama pemimpin-pemimpin setempat dibuat agar kerjasama menjaga keselamatan kampung dan dalam masa sama memastikan keamanan dan kesejahteraan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Sehubungan itu, Jainab berharap, masyarakat di kawasan itu dapat mengambil inisiatif bagi melaksanakan hasrat dan usaha kerajaan melihat pembangunan rakyat agar lebih maju dalam aspek sosial, ekonomi dan pembangunan insan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan