Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga peninju remaja Papar menyerlah

IMG_9868

PAPAR –  Skuad tinju daerah ini melakar sejarah tersendiri apabila tiga peninju remajanya berjaya menjuarai kategori masing-masing di final Kejohanan Tinju Pelapis Borneo yang diadakan di Kompleks Karamunsing, baru-baru ini.

Akmal Aizat Ikhbal Khan, 15, berjaya merangkul pingat emas kategori berat 60 kilogram (kg), Mohd. Khairunee Abdul Malik, 15, menguasai kategori 56 kg dan Mohd. Syalqi, 14, bagi kategori 42 kg.

Selain tiga emas, dua lagi peninju remaja Papar masing-masing meraih satu perak dan gangsa di kejohanan anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) itu yang turut disertai peninju dari beberapa daerah di negeri ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan