Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga Pengedar Dadah Warga Malaysia Ditangkap

11:31am 01/09/2016 Pak Roshan 609 views Jenayah

pengedar-dadah

Jakarta – Polis Indonesia menangkap tiga rakyat Malaysia kerana terbabit sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas syabu bernilai Rp48 bilion (RM15 juta).

Tiga rakyat Malaysia itu Cheong Kok Wai, 31, Poon Soke Wan, 26, dan Loo Yon Long ditahan bersama tiga warga tempatan.

Jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono berkata, hasil tangkapan itu pihaknya berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 12 kilogram yang bernilai Rp48 bilion.

“Kumpulan terbabit menggunakan keldai dadah untuk menyeludup dadah dalam jumlah yang besar dari China ke Indonesia sebelum dipasarkan di Surabaya dan Jakarta,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Cheong berperanan menguruskan dan mengendalikan aktviti penyeludupan dengan menyewa gudang atau apartmen untuk menyimpan dadah.

Loo pula bertindak sebagai pengedar dadah itu untuk pasaran di Jakarta dan Surabaya.

“Tiga warga tempatan ini adalah pembeli dadah berkenaan,” jelasnya.

Mengikut undang-undang Indonesia mereka yang didapati bersalah mengedar dadah boleh dihukum mati. – Agensi/myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan