Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga pembalak haram didenda dan dipenjara

5:53pm 19/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Tiga orang pembalak haram masing-masing didenda RM 50,000 atau 12 bulan penjara dan satu tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini.

Absal Patak, 46, dibawa ke hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengaku telah memotong kayu jenis Bakau di Hutan Simpan Kudat dan Teluk Marudu pada jam lebih kurang 2 pm hingga 4 p.m, pada 10 Februari lalu,

Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 20(2) Enakmen Hutan 1968 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara boleh sehingga tempoh 20 tahun.

Berdasarkan fakta kes, rombongan kakitangan MCEE wilayah Kudat dan perhutanan Kota Marudu membuat pemeriksaan di Hutan Simpan Kudat dan Teluk Marudu di kawasan Sungai Tarusan, di daerah kota marudu.

Semasa pemeriksaan itu, pihak berkuasa menangkap tertuduh dan menyita sebuah gergaji berantai, 12 batang kayu jenis bakau, 1 buah bot, sebuah enjin sangkut, sebuah tangki minyak.

Selain itu, Akung Banin dan Azlan Abdul Malik turut melakukan kesalahan yang sama dimana mereka masing-masing memotong tiga dan 27 batang kayu jenis bakau di kawasan Hutan Simpan Kudat dan Teluk Marudu pada hari dan masa yang sama.

Dalam mitigasi, ketiga-tiga tertuduh memohon agar hukuman minimum dikenakan ke atas mereka.

Namun, pihak pendakwaan meminta agar mahkamah mengenakan hukuman berat keatas mereka.

Disamping itu, mahkamah turut memerintahkan agar ketiga-tiga tertuduh di rujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan