Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga Pemandu Mabuk Dikenakan Hukuman Denda

8:21pm 02/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 27 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Dua lelaki dan seorang perempuan masing-masing didenda sebanyak RM 1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Jessica Ombou Kakayun telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jeremy Damin, 25, Lim Jit Siang, 25, dan Stewa Dolius, 26.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku melakukan kesalahan tersebut di antara 1 hingga 8 November, tahun ini, pada antara jam 2 hingga 3 pagi.

Mereka dihukum dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM 1,000 dan tidak melebihi RM 6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Dalam mitigasi, mereka memohon agar denda yang minimum dikenakan ke atas mereka.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan