Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga parah Myvi, Kancil dan Motor bertembung di Jalan Lintas

9:29am 21/02/2016 Leolerry Lajius 629 views Tempatan

KOTA KINABALU: Tiga orang mengalami kecederaan parah   selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan jenis Produa kancil bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Myvi dan turut  melibatkan sebuah motosikal di jalan Lintas City Mall.

Pihak bomba telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.55 petang kelmarin dan terus mengerahkan operasi yang diketuai oleh PBKII Loupen Nuar bersama 9 anggota yang lain.

Mangsa Loo Gian Ting, 19, Mohd Nazrin Abdul Manaf, 24, penunggang motorsikal yang belum diketahui identitinya mengalami kecederaan parah dalam  kejadian tersebut dan seorang lagi mangsa Che chiew Fun, 28 turut mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera parah di hantar ke hospital menggunakan ambulan untuk menerima rawatan manakala seorang lagi yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan.-Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan