Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga motorsikal disita

Motorsikal Yamaya Ego yang diubaisuai secara keterlaluan. - foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu
Motorsikal Yamaya Ego yang diubaisuai secara keterlaluan. – foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Gara-gara membuat pengubahsuaian secara keterlaluan, sebuah motorsikal disita oleh polis dalam satu operasi trafik di sini awal pagi ini.

Dalam kenyataan Polis Trafik Cawangan Kota Kinabalu di sini hari ini, pemilik motorsikal Yamaha Ego S itu yang berumur 26 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan dua lelaki ditahan kerana menunggang motorsikal masing-masing secara merbahaya.

“Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan dalam operasi itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata kenyataan itu lagi.

Turut disita ialah dua buah motorsikal jenis Yamaha RXZ dan Yamaha 125R. Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai Polis Trafik Cawangan Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan