Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga maut, seorang rentung dalam nahas berasingan

Mangsa lelaki yang rentung dalam nahas di Kota Marudu. Manakala gambar kecil adalah isteri dan anak mangsa yang turut terbunuh dalam kejadian itu.
Mangsa lelaki yang rentung dalam nahas di Kota Marudu. Manakala gambar kecil adalah isteri dan anak mangsa yang turut terbunuh dalam kejadian itu.

KOTA MARUDU – Tiga beranak maut termasuk seorang lelaki rentung, apabila motorsikal ditunggang mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam nahas di Kampung Tanah Merah, di sini malam tadi.

Nahas yang berlaku jam 8.20 malam itu, menyebabkan ketiga-tiga mangsa dipercayai meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Japri bin Maun, 27, dan pembonceng Lili Murni binti Gilong, 24. Sementara identiti kanak-kanak malang itu belum dikenalpasti.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan jenis Isuzu itu hanya mengalami kcederaan ringan.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Pitas menuju ke rumah mereka di Matunggong, Kudat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Rashid Sulaiman ketika dihubungi berkata, sepasukan tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.20 malam.

“Anggota bomba tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian untuk melakukan tugas memadam api kebakaran serta menyelamat mangsa,” katanya lagi.

Sementara itu, di Kudat, sekurang-kurangnya seorang lelaki terbunuh manakala lapan yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Perapat, Kudat.

Mangsa cedera terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan, kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans dan orang awam.

Nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Kancil, Viva dan Honda CRV itu berlaku di Kampung Perapat, Kudat jam 10.45 malam.

Punca kejadian nahas masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan